sempurnakah kita ?

          Assalamualaikum .hari nih hari ahad rupanya .aku ingatkan hari sabtu .baru nak enjoy .aktiviti hari nih macam biasa .membaca membaca dan membaca .oh tak lupa jugak .M A K A N .tu penting .nanti lapar apa pun tak buleh buat .nak dijadikan cerita hari nih .aku tengok ramai manusia yang membenci manusia lain .apa salah manusia tu ? eh aku pun ada benci manusia gak tapi aku rasa macam satu kebodohan pulak bila aku benci dia .lain laa kalau aku benci dia then aku dapat sejuta ringgit malaysia .pergh memang masyuk .nak ja aku benci semua orang then dapat duit aku beli rumah sebijik ada aircond lam bilik pastu tambah swimming pool sebesar tasik foodkot kat U aku nih .berenang laa selagi tangan tak tercabut .balik ke topik .aku nih dulu dilahirkan dengan otak suci .nak percaya tamau tu belakang cita .tapi memang dulu otak aku suci murni dan abadi laa bak kata aku .semua orang yang aku kawan aku anggap depa baik even depa tu penyangak pencuri sekali pun .sebab apa tah aku jadik macam tu .nak kata terlebih susu ibu mungkin buleh jadi kot .tapi sekarang aku mula berfikiran buruk kat semua orang .sebagai contoh .aku tengok orang tu atlit aku kata gedik .padahal aku pun atlit gak .(buwek) aku tengok orang tu suka baby aku kata saja nak cari perhatian, padahal aku pun suka baby. ah aku pun manusia .mesti akan pikir buruk jugak dan kekadang ja pikir baik .otak tepu la katakan .

          Apapun,aku nak cakap manusia memang dilahirkan tak sempurna . semua orang tak sempurna .kalau ang dilahirkan sempurna tak payah la duk bumi nih, sebab sini bukan tempat untuk orang yang sempurna dan  kalau nak cari salah orang tu tolong lah tengok salah sendiri dulu. sebelum aku benci orang aku akan cari benda dalam diri aku yang buat orang benci aku sebab aku tak sempurna. (sedih nih) kalau aku dah benci orang tu aku try cari benda yang best dalam diri dia .maksud aku kelebihan dia .lepas tu mungkin sikit-sikit aku akan suka dia . dan pada aku kita tak suka orang tak semestinya orang tu pun suka kita. sekian .

sila pandang dagu aku. mak suka haha
aku suka bertukar-tukar muka tapi aku bukan manusia yang suka bermuka-muka .
aku harap orang dapat terima hujah bernas aku tengah rembang nih .saja aku nak menginsafkan semua orang sebab selasa nih aku ada exam A G A M A rabu pulak fly p KL hakhak .k bai .Assalamualaikum .


No comments: