pengalaman dikacau hantu

AMARAN : Sila baca entry nih waktu siang sebab membaca di waktu malam buleh menyebabkan mata layu. Penambahan unsur yang tak sepatutnya adalah atas tanggungjawab yang membaca. Peace !


Pengalaman pertama aku dikacau hantu bermula apabila aku menjejakkan kaki di sebuah IPTA dimana terdapat sebuah asrama baru yang menempatkan pelajar cool seperti aku .Ia bermula satu malam yang aku rasa tak berapa nak dingin dan panas .Aku yang baru habis study group berjalan balik ke asrama aku .Sesampai saja dekat kolej, aku tengok keadaan kolej huru hara macam main paintball .

Ramai orang menjerit "macam kena santau" bisik hati kecik aku .Walaupun aku tau kena santau lagi teruk dari tu aku tak peduli.

Sampai ja dibilik , aku langsung tak dibenarkan masuk .Bebudak tahan aku bajet macam aku baru lepas pecah rumah .Katanya ada 'benda' dalam bilik aku jadi aku cuma berdiri ditepi pintu yang terbukak luas .Klimaksnya bila terkejutnya aku sebab ternampak bayang-bayang orang yang tengah berusaha buat sesuatu atau lagi tepat tokmoh dan jugak 'benda' tu .Ya hantu .Yang peliknya hantu tu siap kenakan tokmoh yang nak tangkap dia? Apa jadahnya cerita nih. Cerita hantu ka cerita lawak? Cehh.

 Selang 5 minit lepas tu tokmoh pun keluar dari bilik aku dengan muka bangga bercampur bau yang tak menyenangkan .Katanya dia dah berjaya halau hantu tadi dalam bilik aku .Reaksi aku ? WTH ? Halau bagai nak gila ?Lupakan aku rasa baik aku masuk bilik dan tidoq .

Tetiba sekali lagi semua penghuni dikejutkan dengan bunyi histeria dan reaksi aku "ah !apalagi nih ?tadi dah halau sekarang dia mai lagi." rupanya selang 2 bilik dari bilik aku pulak yang kena dan kali nih aku pulak yang dipaksa masuk dalam bilik tu dan lawan dengan hantu setelah tokmoh tadi keletihan dan tewas ditangan hantu-hantu tadi .Secara spontan aku mula menunjukkan respon cool aku supaya semua orang taw yang aku belum bersedia nak masuk dalam tu.

Dengan tetiba aku rasa ada orang cuit belakang aku walaupun aku pasti belakang aku tadak sapa yang bersembunyi dan bila aku toleh aku terdengar satu suara "Sarah !!bangun .Dah pukui berapa dah nih !" Dari situ ,baru laa aku sedar rupanya tu cuma mimpi .haihh lembut gigi aku .

p/s : ada yang pernah nampak hantu tak ?aku tak pernah diberi peluang pun .

9 comments:

Ain Zulaikha said...

hahahahah sengal je ek, mimpi ropenya... hehe

Suza said...

waaa takot lh kalu leh nmpk benda 2 btw xpenah nmpk gak

Tropical Ice Cream said...

ain zulaikha : masa mimpi rasa macam betul .percaya lah hehe

suza : jangan lah nampak nnt ada yang pengsan duaploh hari ^^

Hawa Ahmady said...

ingat betul2 tadi..mimpi rupenye...

Sh.Aida said...

nak sangat ka cik merah?nampak betoi baru taw gigi lembut ka keras..miahahaha..

Tropical Ice Cream said...

uih xmau aku .terbayang ja pun bagai nak cabut bulu roma tadak tegak dah haha

Sh.Aida said...

macam ada bulu roma.bhahahaha.

C i k P i p i T e m b a m said...

hahahaha... ni tdoq x basuh kaki tuu yg jadi lagu ni :P cek pernah nmpak pocong depan rumah...

Tropical Ice Cream said...

bukan takat basuh kaki 1 badan semua basuh haha .tudiaa nampak mr sweet ketaq lutut habehh :D